Harga Minyak TURUN

MalaysiaKini : Harga minyak turun lagi 10 sen

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok.
Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.
Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.
Ketika mengumumkan penurunan [...]

Pakatan Rakyat belum pun utus surat kepada YDPA..

Pakatan belum utus surat kepada Agong

Pakatan Rakyat belum mengutus surat kepada Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan senarai nama ahli parlimen BN yang menyokong gabungan pembangkang sebelum membentuk kerajaan baru.
Anggota sekretariat Pakatan Rakyat, Johari Abdul yang diberi tanggungjawab menyerahkan surat itu berkata, beliau sedang menunggu arahan untuk berbuat demikian.
Beliau yang juga ahli [...]

Anwar tuntut Parlimen diadakan segera..

MalaysiaKini : Anwar tuntut Parlimen adakan sidang tergempar

Muda Mohd Noor | Sep 18, 08 2:30pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.
“Saya telah membuat permohonan rasmi supaya [...]

Perlukah sidang tergempar Parlimen?

Malaysiakini : PM tolak sidang tergempar Parlimen

Sep 18, 08 6:35pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan.
“Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di [...]

Kenyataan PM bayangkan kemungkinan anwar akan ditahan oleh ISA?

MalaysiaKini : Anwar sekali lagi berdepan dengan ISA?

Sep 17, 08 4:28pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat para pemerhati tertanya-tanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini untuk mengumumkan rombakan kecil kabinet, perdana menteri [...]