Jalur gemilang terbalik – Memang Kurang Ajar.

Perbuatan kurang ajar – PM

 

 

ABDULLAH Ahmad Badawi bersalam dengan sebahagian ketua-ketua pengakap pelbagai negara pada majlis perasmian Jambori Keamanan Antarabangsa Pengakap Ke-3 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka, semalam.
- Gambar GAEL UCHIL

 

MELAKA 20 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas tindakan sebuah laman blog meminta rakyat mengibar Jalur Gemilang secara terbalik sebagai tanda tidak puas hati dengan apa yang berlaku dalam kerajaan.

Sambil menyifatkan perbuatan tersebut sebagai kurang ajar, Perdana Menteri menegaskan, polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan bagi mengelakkan ia berulang.

”Apa yang mereka marah sangat dengan bendera Malaysia? Mereka minta bendera kita digantung terbalik adalah menghina diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Utusan Malaysia

Saya kata:
Kalo marah sangat kerajaan BN, buat hal lah dengan bendera Bn, takkan nak terbalikkan pula jalur gemilang? Ish..ish.. Takkan tak terfikir.. Bendera tu bukan hak Kerajaan seorang.. Pembangkang juga hormat bendera Malaysia..

Haiya… Komen?

2 Respons

  1. btol tu mrvalsonz..

    Jalur Gemilang itu milik kita semua..
    budak2 yg terbalikkan bendera tu mmg xde otak.. baik diorang keluar la dr malaysia ni..

  2. [...] Aziz kerana saya tulis kurang ajar juga (ikut Pak Lah). Tapi, sy rasa betul juga kata Pak Lah tu.. [Lihat Post n Berita pasal Ni] Anda [...]

Tinggalkan jawapan