Pemuda nafi ‘badan PAS, baju PKR’

Pemuda PAS menafikan ahli-ahli parti itu terikut-ikut dengan rentak PKR sehingga lebih meyakini usaha penggantian kerajaan oleh penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding nasihat pemimpin  mereka sendiri.

Rentetan pergeseran terbuka tokoh-tokoh PAS terhadap projek 16 September anjuran Anwar, ahli-ahli parti Islam seumpama itu khususnya anak muda dikritik sebagai “berbadan PAS tetapi berbaju PKR”.

nik aziz 01Kritikan keras mursyidul am PAS kepada pesuruhjaya Terengganu, Datuk Mustafa Ali minggu lalu berhubung projek Anwar itu didakwa menunjukkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “lebih tebal fanatiknya” terhadap penasihat PKR berbanding semangat mempertahankan dasar parti sendiri.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub bagaimanapun menjelaskan pengaruh PKR dan Anwar tidak sampai menghakis identiti Pemuda PAS.

Perkara ini yang diungkitkan oleh seorang pemimpin PAS Kedah tidak pernah menjadi isu dalam mesyuarat dewan itu sama ada di peringkat pusat atau negeri, tambahnya.

Salahuddin mengulas pandangan sasterawan terkenal Azizi Abdullah yang mendakwa ramai ahli PAS, khususnya Pemuda sangat terpengaruh PKR khususnya dalam kempen pilihanraya, termasuk di Permatang Pauh bulan lalu.

azizi abdullahMenulis di blognya (aziziabdullah.blogspot.com), pengarang novel Seorang Tua di Kaki Gunung itu yang pernah menjadi calon PAS berkata “sangat payah hendak membezakan yang mana PKR, yang mana orang PAS”.

“Sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli PAS semacam sudah menjadi ahli PKR, malah mereka lebih PKR daripada PAS, mabuk rasa, mabuk nama,” katanya, yang pernah dilantik pengarah Majlis Tindakan DUN parti itu.

“Terakhir, dari mulut ke mulut, mereka (ahli PAS) impikan peralihan kuasa melalui PKR dan apabila ada pemimpin PAS berceramah, mereka akan merungut dan membebel mulut jika pemimpin PAS mengupas soal peperangan Kubra atau nuzul Quran dalam konteks politik kini, kerana pemimpin PAS itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Anwar menjadi pemimpin.”

pas pkr banner being placed 140208Azizi berkata, ahli-ahli PAS tidak lagi melaungkan takbir tetapi “reformasi” dalam ceramah-ceramah dan lebih banyak menghabiskan masa di pondok panas PKR daripada pusat PAS ketika menghadapi pilihanraya.

“Memang muak pun melihat ramai ahli-ahli PAS, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan PAS tetapi berbaju PKR.

“Sesekali semacam hendak menyindir betapa akidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’,” katanya.

Ahli-ahli PAS juga didakwa terikut-ikut dengan pendirian PKR terhadap ahli parlimennya Zulkifli Nordin berhubung tindakan membantah forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam, Ogos lalu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Salahuddin menyifatkan pandangan Azizi itu “tidak menggambarkan hakikat sebenar” yang berlaku.

Menyentuh kerjasama dalam pilihanraya kecil tersebut, Salahuddin berkata, beliau mengarahkan ahli-ahli Pemuda PAS membantu PKR dalam muktamar dewan itu atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat.

salahuddin ayub 01Menurutnya, oleh kerana pilihanraya kecil itu ditandingi Anwar, sudah tentu baju, poster dan kemeja T PKR dibekalkan dan dipakai oleh ahli-ahli PAS.

“(Perbuatan itu) bukan penghakisan (pengaruh PAS) atau asimilasi, (dakwaan) itu tidak benar. Kita tetap dengan entiti dan identiti PAS,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan sekarang tidak lagi kedengaran laungan takbir sebaliknya diganti dengan “reformasi” juga tidak tepat.

“Dalam program PKR, program Anwar, sudah tentu laungan reformasi itu lebih (kuat) kedengaran,” katanya, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Mengulas pengaruh PAS terhadap golongan muda saat ini, Salahuddin berkata, sokongannya sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

“Daripada lebih kurang 1,000 ahli baru setiap bulan, 60 peratus orang muda,” katanya.

Exco Angkatan Muda PKR Kedah, Hasrul Muhaimin Hasbi pula mengakui bahawa PKR dan penasihatnya memang lebih popular di kalangan orang muda tanpa mengira parti.

“Anwar popular di kalangan orang muda kerana imej mudanya itu jelas. Orang kenal Anwar sejak daripada beliau muda-muda di zaman sekolah dan universiti lagi.

“Imej muda itu membuatkan orang tertarik dan rasa dekat,” katanya kepada Malaysiakini.

Tambahnya, yang menjadi calon PKR di Kuah, Langkawi dalam pilihanraya umum lalu, sejarah kelahiran parti itu melalui siri demonstrasi pada 1998 membuka peluang kepada pembabitan golongan muda.

Hasrul berkata, dalam pemerhatiannya, penyokong pembangkang lebih selesa dengan imej, dasar dan pendekatan PKR kerana PAS lebih menekankan soal agama sehingga menimbulkan rasa kurang selesa anak muda yang pelbagai latar belakang.

hasrul muhaimin hasbi kedah amk exco pkr candidate kuah langkawi 240908 02“PAS ini banyak golongan ahli agama, dua tiga kali dia pergi kena nasihat, lepas itu dia seganlah nak pergi. Yang tidak pakai tudung, sudah tentu tidak pergi (mendekati PAS),” katanya.

Bagaimanapun, persoalan “curi ahli” tidak timbul kerana, menurutnya, ia cuma “membuang masa” dan bagi penyokong pembangkang, kedua-dua parti itu “sama sahaja”.

“Mereka anggap PAS dan PKR sama saja. Mereka tidak peduli PAS atau PKR atau DAP, asalkan pembangkang, dia sokong.

“Mungkin juga kita sedang menuju sistem dua parti yang hanya ada kerajaan dan pembangkang,” katanya.

Kritikan Azizi kini semakin tersebar meluas di Internet, khususnya di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Ia mengukuhkan lagi tanggapan bahawa pemimpin-pemimpin parti itu terbelah dua dalam isu penggantian kerajaan 16 September, yang mula ketara sejak muncul isu rundingan dengan Umno dan kerjasama dengan Pakatan Rakyat beberapa bulan lepas.

-MalaysiaKini

Harga Minyak TURUN

MalaysiaKini : Harga minyak turun lagi 10 sen
Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok.

Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.

abdullah sapp bn supreme council 190608Ketika mengumumkan penurunan harga minyak tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata,  ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Harga-harga berkenaan, tambah beliau, ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 September hingga 22 September lalu.

Abdullah berkata, untuk tempoh sebulan terakhir ini, harga minyak dunia telah mengalami turun naik yang ketara.

“Namun secara purata, ia telah menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya. Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama.

“Oleh itu, mengaplikasikan formula yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit sebelum ini, pengurangan sebanyak 10 sen ini merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan oleh Kerajaan.

“Pelarasan harga minyak ini juga merupakan pelarasan harga yang kedua dilakukan oleh Kerajaan setelah pelarasan pertama dilakukan pada 23 Ogos yang lalu,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen.

Sehubungan, perdana berkata, kerajaan berharap penurunan harga minyak yang berkuatkuasa esok, akan dapat meringankan beban orang ramai, terutamanya dalam menyambut hari raya Aidilfitri.

bm version fuel petrol diesel price hike reduction 240908

Laporan Polis Terhadap Anwar

Barisan Bertindak Gombak yang diwakili beberapa pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dari daerah itu, hari ini membuat laporan polis terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang didakwa mengganggu-gugat kestabilan negara.

Laporan dibuat oleh Ketua Setiausahanya Mohd Mustafa Latiff di Balai Polis Batu 6, Gombak pada jam 10.35 pagi ini.

Mohd Mustafa yang ditemui pemberita selepas itu berkata, mereka membuat laporan polis untuk mendesak polis dan kerajaan agar menjalankan siasatan terhadap Anwar yang didakwa mereka telah mewujudkan pelbagai prasangka negatif rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.

“Kami membuat laporan ini supaya polis dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya ke atas beliau. Ini kerana kepimpinan Anwar bukan sahaja menganggu-gugat kestabilan negara, tetapi juga mengelirukan pemikiran rakyat dengan beberapa kenyataannya seperti isu ahli parlimen BN (Barisan Nasional) yang keluar parti… sedangkan perkara itu adalah tidak benar.

“Beliau (Anwar) seharusnya disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terutamanya berhubung isu mengambil alih kerajaan,” katanya kepada pemberita di perkarangan balai polis itu hari ini, demikian menurut Bernama.

Terdahulu terdapat juga dakwaan mengenai pelabur asing yang menarik balik pelaburan di negara ini berikutan dakwaan Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, kononnya akan mengambil alih kerajaan daripada BN.

Tidak puashati

Seramai 20 anggota Barisan Bertindak Gombak berkumpul di hadapan balai polis itu sejak jam 10 pagi ini bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindak-tanduk Anwar sebagai pemimpin.

Mereka turut membawa kain rentang yang tertulis “Anwar Ibrahim pengacau Negara, Rakyat dan Pembohong Besar” serta “Tangkap Anwar Ibrahim”.

Sementara itu, di Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Anwar yang mempunyai senarai nama ahli Parlimen BN yang telah menyertai partinya sebagai muslihat semata-mata.

Beliau berkata kalau benar sudah tentu Anwar sudah berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan.

“Kalau betul sudah ada perundingan di antara Anwar dengan perdana menteri, mengapa nak buat kenyataan pada media asing…sepatutnya, panggil sahaja wartawan tempatan ke Parlimen dan buat kenyataan serta dedahkan senarai nama itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri hari ini.

Mohamad yang melabelkan Anwar sebagai “Tukang Karut” disebabkan kegagalan ketua pembangkang itu untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September lalu seperti yang disasarkan, yakin jika senarai nama itu ditunjukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda akan menyiasat perkara itu untuk membolehkan pertukaran kerajaan.

MalaysiaKini News

Anwar: Majoriti MP Islam/bumi tetap dipertahankan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen Islam dan bumiputera tetap akan dipertahankan sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru kelak.

“Ada pandangan tentang komposisi kaum-kaum. Seperti yang saya sebutkan (bahawa) ini tidak harus membimbangkan.

“Saya berikan ketegasan bahawa majoriti ahli parlimen Muslim dan bumiputera itu dapat dipertahankan.

“Pakatan rakyat termasuk DAP menerima kenyataan ini. Tidak jadi masalah sama sekali,” kata Anwar dalam satu sidang media di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Anwar hadir di mahkamah pagi ini bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya.

Sebaliknya, kata beliau yang juga penasihat PKR, isu kebimbangan mengenai komposisi ahli parlimen tersebut, telah diciptakan oleh Umno untuk menakutkan-nakutkan orang Melayu.

Semalam, Anwar mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anwar juga menjelaskan dalam sidang media itu, bahawa turut menemui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok malam tadi di kediamannya.

Dalam kedua-dua pertemuan tersebut, katanya, mereka membincangkan perkembangan terakhir mengenai langkah yang diambil dan reaksi mereka terhadap kenyataan perdana menteri serta merangka langkah-langkah yang harus diambil secara muafakat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan itu.

Oleh yang demikian, beliau berharap agar rakyat Malaysia bersabar dengan langkah-langkah Pakatan seterusnya kerana menganggap peralihan kuasa adalah satu perkara besar.

‘Mari kita uji’

“Saudara kena ingat ini satu proses besar. Peralihan kuasa. Dan bagi Umno dan BN, ini suatu hal yang amat menakutkan mereka.

“Jadi saya fikir wajar kita mengenengahkan kenyataan kekuatan kita dan memberi rencana bahawa urusan kita ialah untuk mentadbir dengan adil.

“Bukan untuk membalas dendam atau (bertindak) ganas atau guna ISA kerana pendirian kita akan membatalkan ISA sebaik sahaja kita memerintah,” jelas Anwar lagi.

Beliau juga enggan mengumumkan nama dan jumlah ahli parlimen yang didakwa akan melompat menyertai Pakatan dan seterusnya membentuk kerajaan demi menjaga keselamatan mereka.

Diminta reaksinya terhadap tanggapan bahawa beliau seorang pembohong ekoran kegagalannya menubuhkan kerajaan baru pada 16 September lalu, Anwar berkata:

“Sekiranya mereka percaya saya adalah seorang pembohong, jadi mari kita uji mengikut perlembagaan dan rangka undang-undang.

“Mari kita uji dan mengundi di parlimen. Itulah caranya mereka boleh mengujinya,” kata Anwar lagi.

Diminta mengulas penangguhan kes beliau hari ini berhubung permohonan pihak pendakwa untuk memindahkannya ke Mahkamah Tinggi, Anwar menjawab:

“Pertimbangan yang hakim akan buat, dalam melihat bantahan dari pihak pendakwa – sama ada hendak menghormati prinsip keadilan atau ikut teknikaliti undang-undang – kerana pendakwa nampak bersungguh-sungguh hendak memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi dengan hakim yang ditentukan.”

News From MalaysiaKini

Pakatan dah tak tergesa-gesa nak tukar kerajaan..

Setelah gagal dalam projeknya untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September dan semalam, PKR mula mengendurkan langkahnya selepas bertemu tokoh-tokoh utama PAS dan DAP.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan “terus mengejar matlamat kami dengan berhati-hati” dan “tidak terpancing untuk bertindak tergesa-gesa” yang boleh membawa keadaan tidak stabil dan tidak menentu dalam negara.

Seperti perdana menteri, penasihat PKR itu turut menafikan wujudnya rundingan antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan melalui pihak ketiga bagi proses penggantian kerajaan pusat.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dilaporkan mengecam kenyataan ketua penerangan PKR Tian Chua yang dipetik sebagai berkata “orang tengah” kini sedang berbincang dalam langkah Pakatan Rakyat menumbangkan BN.

Abdullah menyifatkan kenyataan itu “paling gila” pernah didengarnya, Anwar pula berkata beliau “tidak tahu-menahu” tentang rundingan seumpama itu yang menurutnya sebagai “tersalah tafsir”.

anwar ibrahim hearing 240908 05Anwar mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Bharu semalam berhubung projek penggantian kuasa yang digembar-gemburnya akan berlaku menjelang 16 September lalu.

Setelah gagal berbuat demikian, mantan timbalan perdana menteri itu menggesa Abdullah mengadakan sidang khas Parlimen semalam untuk membincangkan perkara itu tetapi permohonan itu ditolak mentah-mentah oleh perdana menteri.

Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur berhubung perkara yang sama malam tadi.

“Kami juga berbincang langkah-langkah seterusnya yang sepatutnya Pakatan Rakyat ambil dalam usaha membentuk kerajaan baru yang mencerminkan sokongan majoriti anggota-anggota parlimen,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan keengganan Abdullah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat sebagai satu tindakan Umno “mensabotaj dan membantutkan proses demokrasi.”

Pakatan Rakyat juga merancang menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung projek undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Bagaimanapun PKR semalam memberitahu Malaysiakini, surat sedemikian belum diutuskan kepada Istana Negara.

[News From MalaysiaKini]

Utusan : Tiada tambatan ringgit

MULA TUGAS… Najib Tun Razak bersama Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop; dua timbalannya, Husni Ahmad Hanadzlah dan Kong Cho Ha serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (dua dari kiri) selepas majlis taklimat di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam.



PUTRAJAYA 22 Sept. – Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula kaedah tambatan ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menghadapi keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan komited untuk membenarkan pasaran menentukan nilai mata wang negara.

Menurutnya, nilai ringgit pada masa ini adalah stabil dan beliau yakin kestabilan mata wang negara itu mampu menghadapi senario ekonomi semasa.

‘‘Ya, kami yakin dan ia (ringgit) mencerminkan nilai sebenar mata wang ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat pertama sebagai Menteri Kewangan di kementerian barunya itu di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar tambatan ringgit diperkenalkan semula bagi mengurangkan kesan kejatuhan nilai dolar AS terhadap ringgit.

Sabtu lalu, Dr. Mahathir memberitahu, jika nilai ringgit ditambat pada kadar tertentu, ia akan dapat menstabilkan kadar tukaran mata wang asing dan memberikan keuntungan kepada negara.

Pada 1997, kadar tukaran ringgit ditetapkan pada RM3.80 bagi setiap dolar AS sebagai sebahagian langkah kawalan modal berpilih bagi mengelakkan ekonomi negara terus meleset.

Bagaimanapun, amalan itu dimansuhkan pada 21 Julai 2005 dan sejak itu nilai ringgit ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding beberapa mata wang asing terpilih.

Selepas pemansuhan itu, nilai ringgit telah meningkat perlahan-lahan sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dan pengembangan perdagangan selepas ditolak sebarang turun naik mata wang.

Pakatan Rakyat belum pun utus surat kepada YDPA..

Pakatan belum utus surat kepada Agong
Pakatan Rakyat belum mengutus surat kepada Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan senarai nama ahli parlimen BN yang menyokong gabungan pembangkang sebelum membentuk kerajaan baru.

Anggota sekretariat Pakatan Rakyat, Johari Abdul yang diberi tanggungjawab menyerahkan surat itu berkata, beliau sedang menunggu arahan untuk berbuat demikian.

Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menambah, apabila ketiga-tiga pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS memberikan arahan, beliau akan menghantarnya.

Johari berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui isu kandungan surat itu.

“Saya cuma tukang hantar, orang suruh hantar saya hantar,” kata bekas ketua perhubungan PKR Kedah kepada Malaysiakini hari ini.

Mengulas sama ada surat kepada baginda menjadi sebahagian starategi Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan BN, Johari berkata:

“Ada sebab kita letakkan 23 September (sebagai tarikh akhir untuk panggil sidang khas parlimen).

“Kalau (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) gagal – hari ini sudah berakhir – kita ada strategi selepas 23 September. Kita ada rancangan.”

Ketua penerangan PKR Tian Chua ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.

Tambahnya, tidak ada pemimpin Pakatan yang bercakap tentang perkara itu dan “persoalan ini tidak wujud.”

Mereka diminta mengesahkan kenyataan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan menyebut Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi bagi memohon mengadap Seri Paduka minggu lepas.

Beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, Pakatan Rakyat bergantung kepada Istana Negara untuk menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh pembangkang.

Malaysiakini hari ini difahamkan surat kepada baginda telah disediakan.

mrvalsonz : Usul tidak percaya kepada Pak Lah? Teruk benarkah Pak Lah sehingga nak buat undi tak percaya padanya? Tak tahu lah.. :)

Penyanyi ‘Negarakuku’ – Namewee disiasat polis

Penyanyi lagu rap kontroversi ‘Negarakuku’, yang popular dengan nama Namewee, sedang disiasat polis berhubung lagu itu yang mendapat perhatian nasional tahun lalu apabila ia disiarkan di internet.

negarakuku national anthem film strip 170707 oi veyWee Meng Chee diminta hadir di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Kuala Lumpur sejak 10.30 pagi.

Beliau tiba dari rumahnya di Muar, Johor bersama bapanya.

Sewaktu kontroversi itu memuncak Ogos tahun lalu, lagu pemuda 25 tahun itu di laman web Youtube.com mendapat sambutan hangat anak muda dan pengunjung Internet.

Wee, yang masih belajar di Taiwan waktu itu, turut mendapat kecaman ahli politik kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia kerana didakwa membangkitkan isu-isu sensitif tentang agama dan kaum.

Lagu dalam bahasa Cina itu mengkritik polis, amalan rasuah, kelemahan birokrasi, dasar pro-Bumiputera, dan juga mengulas gaya azan dilaungkan yang berselang dengan lagu kebangsaan.

[Laporan penuh menyusul - MalaysiaKini]

Amerika perguna Anwar untuk jejaskan negara?

Utusan : Amerika perguna Anwar

PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais akan berlepas ke New York esok untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berada di sana dari 27 September hingga 1 Oktober untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Rais berkata, seminar yang akan dipengerusinya itu nanti akan menyediakan duta-duta berkenaan fakta lengkap mengenai sistem perundangan dan kedudukan ekonomi Malaysia termasuk penjelasan tentang Bajet 2009.

“Pihak tertentu di AS ‘kenakan’ kita dan kita harus berkebolehan mengetahui fakta-fakta terbaru tentang perundangan, ekonomi serta soal-soal politik tanah air,” ujar beliau.

Rais menambah: “Fakta-fakta itu kita sediakan kerana kita tidak mahu duta-duta Malaysia membuat penjelasan melulu.”

Beliau juga berkata, keyakinan tinggi Anwar menguar-uarkan pembentukan ‘kerajaan baru’ sejak beberapa bulan lalu mencetuskan keraguan di kalangan banyak pihak tentang siapa di belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun akhirnya terbukti apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan pada 16 September lalu, namun Anwar masih terus mencanangkan impiannya itu dengan menuntut satu sidang khas Parlimen diadakan pada 23 September ini.

Alasan yang diberikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meminta sidang khas itu diadakan adalah bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Abdullah tidak melayan permintaan itu.

mrvalsonz : wah? Benarkah berita ni? DSAI digunakan oleh AS? Kenapa AS minta betul dgn Malaysia ni?

Kickdefella dibebaskan jam5 petang hari ini..

Utusan : Polis akan bebaskan Kickdefella

20/09/2008 3:33pm

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Polis akan membebaskan penulis blog Kickdefella, Said Azidi Said Abdul Aziz pada pukul 5 petang hari ini selepas ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan.

Peguamnya, Ammit Pal Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara tersebut.

Said Azidi, 38, disiasat polis kerana dalam laman blognya mencadangkan Jalur Gemilang dikibar terbalik semasa negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-51 bulan lalu.